DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG
Alhamdulillah dengan IZIN Allah, pada hari ini dan saat ini saya akan berusaha dengan kesungguhan bagi meningkatkan mutu dan taraf hidup manusia yang berbagai bangsa supaya hidup berlandaskan syariat ( ibadat ) ISLAM.
Ini adalah untuk kesejahteraan sejagat supaya kita sentiasa berdiri diatas kaki kita sendiri tanpa meminta-minta dengan orang lain terutama pada pihak yang tidak sepatutnya kita bergantung nasib.
Dengan ilmu dan pengalaman yang telah saya yakini,tibalah masa untuk terjun kebidang yang sedia mencabar dan mengembalikan sejarah bangsa kita terdahulu iaitu SAUDAGAR PEDAGANG yang mana bebas untuk memasuki masyarakat dan menyeimbangkan keperluan dan kehendak pengguna.
Saya berharap akan terhasil lebih ramai pengikut untuk sama-sama mendukung ekonomi kita ( ISLAM = Cara Hidup Yang Harmoni dan Adil ) sebagai TANGAN YANG MEMBERI.
Langkah demi langkah akan menyusul dalam membangunkan semula kekuatan @ dasar ekonomi ini.
1. Perlunya BERSATU dalam kesepakatan agama tidak mengenal bangsa selagi ia beragama ISLAM dan tidak berpecah belah.
2. Saling MEMBANTU sebagai rantaian makanan dimana semua saling memerlukan antara satu sama lain.
3.Saling HORMAT-MENGHORMATI antara semua pihak dan jika berselisih perlu sama-sama jernihkan dengan ilmu Al-Quran dan Sunnah Rasul.
4.Bersama2 MENGELUARKAN ZAKAT bagi membersihkan jiwa dari kekikiran jiwa manusia yang lebih mencintai harta.
Semoga dengan ini,saya dengan rasminya pada 9 Januari 2012 bersamaan 15 safar 1433 hijrah akan membuat satu pemindahan minda yang agak ketara bagi membebaskan minda yang dahulu kalanya telah dididik kepada berfikir keluar kotak.
Allah Maha Besar,Allah Maha Besar.
No comments:
Post a Comment