Salam perkenalan dari saya, Hadis .
Selawat dan salam kepada junjungan besar Rasullullah s.a.w,Nabi Muhammad. Perjuanganmu itu amat bermakna bagiku kerana bermula darimu ISLAM itu tersebar ke seluruh dunia dan sehinggalah pada diriku.
Serta para sahabat nabi Muhammad yang yakin dengan perjuangan baginda sanggup berjuang menegakkan yang hak tidak kira halangan dan dugaan.
Perjuanganmu itu akan kami sambung dengan kebenaran. Sungguh-sungguh perjuanganmu kalian menjadi kenyataan.
Buat pengetahuan UMUM bagi pembaca blog ini,saya dengan rendah diri akan berkongsi dengan sebenar-benar akan kejadian dan usul-usul yang perlu kita perbuat sebagaimana para Rasul dan sahabatnya telah berbuat.. Iaitu berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasul.
PENGENALAN PERTAMA.
Apakah wasiat yang disampaikan kepada ummatnya pada khutbahnya yang terakhir ??
Saya agak kamu semua sudah sedia maklum jika saya ulanginya.. TAPI, saya akan sentiasa ulangi kerana MANUSIA ini mudah lupa..
Wasiat itu berbunyi demikian :
" Ku tinggalkan kepada kamu 2 perkara , taklah kamu akan tersesat selama-lamanya,selama mana kamu masih berpegang kepada keduanya,iaitu KITABULLAH dan SUNNAH Rasulnya"
Penjelasan :
Sebelum menyelesaikan ibadah haji ,Rasulullah s.a.w mengucapkan sebuah PIDATO AMANAT yang bernilai dihadapan kaum muslimin di bukit 'Arafah pada tanggal 8 zulhijjah 10 H, bersamaan dengan 7 Maret 632 Masehi. Setelah selesai mengerjakan ibadah haji,Nabi pun kembali ke Madinah.
Kira-kira tiga bulan sesudah mengerjakan haji wada' itu,Nabi menderita demam beberapa hari,sehingga tidak dapat mengimami solat jemaah,maka disuruhnya Abu Bakar menggantikan beliau menjadi imam.
Pada tanggal 12 Rabi'ul awwal tahun 11 hijriah bertepatan dengan 8 Juni 632 Masihi,Nabi Muhammad s.a.w kembali ke hadrat Allah s.w.t dalam usia 63 tahun. Dua puluh tiga tahun lamanya,sejak beliau diangkat menjadi Rasul Allah,berjuang tidak mengenal lelah dan derita untuk menegakkan agama Allah, agama ISLAM.
Nabi Muhammad s.a.w telah wafat ,telah meninggalkan UMMATnya ; tidak ada harta benda yang beerti yang akan diwariskan kepada anak isterinya,tetapi beliau meninggalkan 2 buah harta pusaka yang diwariskannya kepada UMMAtnya..iaitu SEPERTI DIATAS.
Diharapkan para pembaca dapat mengambil pelajaran akan apa yang saya sampaikan sepanjang penulisan saya ini. Ia akan sentiasa berkait dengan penulisan-penulisan seterusnya dan tidak akan putus sekiranya blog ini tidak dipotong oleh MUSUH ALLAH.