KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W
Khutbah ini disampaikan pada 9 hb Zulhijjah tahun 10 hijrah
Di lembah Uranah , Gunung Arafah.
Wahai manusia,dengarkanlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir pada hari ini.
Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggapkanlah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci,kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak,janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap Syaitan demi keselamatan agama kamu.Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu,mereka juga mempunyai hak diatas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu,maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih-sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang-orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dia dilarang melakukan zina.
Wahai manusia,dengarlah dengan bersunguh-sunguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah,dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah dibulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu, kerjakanlah " Ibadat Haji sekiranya kamu mampu".Ketahuilah setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama tidak seorang pun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal soleh.
Ingatlah bahawa kamu semua akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu,awasi agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesunguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,nescaya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya,Itulah Al-Quran dan Sunnah ku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula lepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir itu memahami kata-kataku dari mereka yang mendengari terus dariku.Saksikanlah ya ALLAH,bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba Mu.
Segala puji bagi Allah,Tuhan Semester Alam..
p/s : dariku sampaikan untuk bersama-sama memahami dan menghayati makna yang terselindung disebalik khutbah terakhir ini.
Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH.