Tuesday, July 6, 2010

Adakah kita benar-benar telah beriman kepada ALLAH ?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Terlebih dahulu saya ingin anda semua berfikir sejenak apakah MAKSUD tajuk yang saya ingin sampaikan ini. Mungkin saudara atau saudari terasa tercabar dengan apa yang ingin katakan ini.
Anggaplah ini adalah satu permulaan untuk kita buka minda dan bezakan dengan menggunakan yang HAK iaitu Al-Quran Dan Sunnah rasulnya.Saya hanya menyampaikan dan hanyalah ALLAH yang layak mengAJARkan ilmunya kepada sesiapa yang Dia kehendaki.Ilmu yang saya perolehi ini perlulah dialirkan supaya ia kekal dari satu generasi ke generasi seterusnya sampaikan kepada hari yang dijanjikan itu.
Allah sebagai pencipta kita telah berkata-kata dengan makhluknya melalui wahyuNya dengan perantaraan KALAMnya yang terkandung di dalam kitab-kitabnya.Dan kita sebagai UMMAT Nabi Muhammad telah diturunkan kitab Al-Quran yang terkandung nya kitab-kitab terdahulu seperti Zabur,Injil dan Taurat.
Tetapi yang sedihnya UMMAT ISLAM kini cuma hanya mengambil semata-mata kulit luaran.Adakah setakat mengucap dua kalimah syahadah,menunaikan solat 5 waktu sehari semalam,berpuasa dibulan ramadhan,menunaikan zakat dan menunaikan haji itu betul-betul dah meyakinkan keimanan kita ???
Cuba kita kaji kembali dimanakah terletaknya rukun-rukun tersebut.. Terletaknya di mana ?? Tapi itulah yang kita lupakan dan buat-buat lupa..mungkin sekadar baca-bacaan sahaja..
Allah telah berfirman di dalam surah Al-Baqarah,ayat 214.Bermaksud:
" Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk SYURGA ,padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu ?
MEREKA ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan,serta digoncangkan ( dengan bermacam-macam cubaan ) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman bersamanya: " Bilakah datangnya pertolongan ALLAH ? "Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."
Itu adalah kata-kata daripada pencipta kita dan ianya bukannya daripada saya.Saya hanya menuliskan dan memperjelaskannya.
Orang-orang terdahulu telah perbuat dan kita pada zaman ini rehat sahaja kan. Tiada masalah pun baginya.
Mengapa orang terdahulu disiksa?
Apa salah mereka sampai demekian rupa?
Siapakah yang menyeksakan mereka ?
Apa yang mereka perjuangkan ?
Dan apakah sumbangan kita kepada ISLAM pada masa ini ?atau just hanya
menumpang atas nama ISLAM.
Jika tak faham lagi,dengarlah video ini.Daripada seorang USTAZ yang menyampaikan dengan kefahaman yang mudah.

Silakan mendengar dan ambil pelajaran.Aplikasi dalam kehidupan anda sebagai seorang yang MUSLIM..

Segala Puji Bagi ALLAH,Tuhan Semester Alam.

Saturday, June 26, 2010

Sembahlah ALLAH dan Jauhi Thaghut

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG.
Alhamdulillah, akan ada pengisian baru yang akan disampaikan melalui blog ini.Apa yang penting adalah apa pelajaran yang dapat diambil dan digunakan untuk kehidupan seharian sebagai (MELAYU) ISLAM.
SETELAH sekian lama kita dimomokkan tentang sembahlah ALLAH sahaja..betulkah sembah ALLAH sahaja yang disuruh ??? APA BUKTINYA.. mungkin anda semuanya tertanya-tanya sama ada saya buat ajaran sesat kan.. Sabar... Jangan MUDAH melenting..Berbuatlah sesuatu itu dengan ilmu.
Sistem pendidikan AGAMA kita kurang ambil berat tentang perkara ini dan mengakibatkan masyarakat islam di MALAYSIA leka dan alpa dengan pegangan AGAMA yang mereka perbuat sekarang ini..
Dalam surah An-Nahl (16),ayat ke 36 bermaksud:
" Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap ummat ( untuk menyerukan ) ' SEMBAHLAH ALLAH ( saja ), DAN JAUHILAH THAGHUT itu ',maka diantara umat itu ada orang-orang yang diberikan petunjuk oleh ALLAH dan ada pula diantaranyaorang-orang yang telah pasti kesesatan baginya.Maka berjalanlah kamu di muka bumi ini dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang menDUSTAkan ( rasul-rasul ) " .. wahyu daripada ALLAH.
Apa yang di highlightkan adalah perkataan 'DAN'.. Apa yang sinonimkan dengan perkataan tersebut?? Cuba kita rungkaikan perkataan itu.. Mengikut bahasa kita( melayu ) adalah mesti dan wajib,tidak boleh diambil satu sahaja.Jika tidak baik ditukar sahaja dengan perkataan ATAU sahaja.. Penting ker perkataan DAN itu ??
Ini bukan main-main.. Itu kata-kata daripada PENCIPTA kita,ALLAH. Kalau buat main-main,akibatnya umpama menduakan yang ESA ( Satu ).
" Sembahlah ALLAH dan Jauhi Thaghut "
Apa yang dimaksudkan Thaghut itu ? Ianya berbentuk ayam ? itik ? lembu ? Betul ker tue...
Thaghut itu adalah 'MELAMPAUI BATAS'.
Melampaui batas itu adalah sebagai contoh APA ek.. Siapakah yang di dalam Al-Quran yang ALLAH bagi perumpaan manusia paling JAHAT di muka bumi ??
Jawapannya adalah FIRAUN. Itu adalah yang paling banyak ALLAH sebutkan di dalam Al-Quran. Firaun ini merupakan suatu SISTEM yang mengawal apa yang mereka mahukan.. Menjaga kroni-kroninya,tindas segolongan yang tidak mengikuti apa yang mereka suka,menjadikan masyarakat sekarang berpecah belah,menyembelih anak laki-laki dan membiarkan hidup anak-anak perempuan serta yang paling akhir adalah menbuat kerosakan di muka bumi.
Jika ia berada disekeliling kita mahupun sekecil-kecilnya adalah dari segi dalaman (diri),dan sbesarnya adalah masyarakat kita sendiri.
SEGALA PUJI BAGI ALLAH,TUHAN SEMESTER ALAM

Friday, May 21, 2010

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad s.a.w

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W
Khutbah ini disampaikan pada 9 hb Zulhijjah tahun 10 hijrah
Di lembah Uranah , Gunung Arafah.
Wahai manusia,dengarkanlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir pada hari ini.
Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggapkanlah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci,kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak,janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap Syaitan demi keselamatan agama kamu.Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu,mereka juga mempunyai hak diatas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu,maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih-sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang-orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dia dilarang melakukan zina.
Wahai manusia,dengarlah dengan bersunguh-sunguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah,dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah dibulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu, kerjakanlah " Ibadat Haji sekiranya kamu mampu".Ketahuilah setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama tidak seorang pun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal soleh.
Ingatlah bahawa kamu semua akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu,awasi agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesunguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,nescaya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya,Itulah Al-Quran dan Sunnah ku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula lepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir itu memahami kata-kataku dari mereka yang mendengari terus dariku.Saksikanlah ya ALLAH,bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba Mu.
Segala puji bagi Allah,Tuhan Semester Alam..
p/s : dariku sampaikan untuk bersama-sama memahami dan menghayati makna yang terselindung disebalik khutbah terakhir ini.
Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH.

Friday, May 7, 2010

INSTITUSI KESULTANAN ISLAM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang

Bersyukur kepada Allah kerana pada hari ini dapat berkesempatan untuk menulis karya sendiri yang telah sekian lama dianalisis melalui kajian bacaan dan situasi semasa serta sejarah yang berlaku.

Saudara/i mesti tertanya-tanya kenapa saya selitkan mengenai KESULTANAN kan ?

Jangan risau.. saya akan jelaskan dengan lebih terperinci tetapi dengan satu syarat..iaitu saudara/i perlu memahami dengan menggunakan MATA HATI,kerana ia tidak akan menipu kita melalui pendengaran dan penglihatan yang sekian lama telah disajikan oleh pihak-pihak tertentu.

Saya juga ingin mengingatkan juga buat saudara/i serta tidak lupa juga diri saya untuk menyampaikan kebenaran dan jangan sembunyikannya.

Surah Al-Baqarah (2),ayat 42 ;bermaksud : " Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu,sedang kamu mengetahui".

Cuba kita renungkan sejenak,ada berapa buahkah negara yang mempunyai sistem pemerintahan melalui kesultanan yang dinaungi oleh KETUA AGAMA ISLAM,jika dinegara kita Malaysia dikenali sebagai AGUNG.

Jika diperhatikan dengan penglihatan,sekarang ini cuma tinggal 2 buah negara sahaja lagi yang mengamalkan sistem tersebut. Mengapa terjadinya demikian rupa ..

Saya selalu menghubungkan akan satu-satu peristiwa dengan sejarah..kenapa dengan sejarah??? penting sangat ker.. sedangkan pada masa ini,kita sering diperdengarkan akan kemajuan sains dan teknologi...

Disini saya akan jelaskan dengan kefahaman akan sesuatu peristiwa yang sekian lama anda telah dijajah oleh satu-satu bangsa yang tidak pernah jemu merosakkan semua agama termasuklah juga ISLAM.

Tidak dinafikan bahawa setiap negara islam akan ada sebuah kesultanan yang memegang tampok AGAMA serta sebagai pemimpin negara.

Sejarah yang saya ingin bawakan adalah berhubung dengan apa yang berlaku pada hari ini..

Kerajaan TURKI
sebagaimana saudara/i sedia maklum bahawa kerajaan turki adalah kerajaan islam yang terkuat pada masa dahulu dimana terdapat para ilmuan islam dan kepimpinan yang utuh. TETAPI yang menjadi kemusyhkilan dan tanda tanya adalah mengapa kerajaan yang kuat itu boleh tumbang sampai keakar umbi..??? Kenapa,mengapa,dan bagaimana ia boleh berlaku...
Disini saya akan jelaskan dengan sejelas-jelasnya..
Pertamanya adalah terdapat satu puak yang telah lama wujud dimuka bumi yang telah ALLAH pandaikan dan dilebihkannya dari bangsa-bangsa lain.. Allah bukan sahaja-sahaja memberikan kelebihan kepada kaum/bangsa tersebut.Ianya tidak lain dan tidak bukan ingin menguji siapa diantara mereka yang lebih beriman tetapi malangnya hanya segelintir sahaja daripada mereka.
Oleh kerana mereka adalah bangsa yang genius dan paling lama hidup dimuka bumi ini,mereka mempunyai satu sejarah yang mana warisan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi adalah dalam gengamannya.
kembali kepada kerajaan TURKI ini,mereka mengetahui bahawa mereka tidak boleh membiarkan akan perkembangan ISLAM dan ia merancangan dengan perancangan yang hebat dimana ia telah menghubungkan antara 2 alam dalam satu ritual agama mereka iaitu antara manusia dan iblis untuk berkomplot membuat satu helah dan tipu daya demi mengukuhkan kedudukan mereka.
Setelah berasimilasi dengan perantaraan ritual tersebut,maka terbentuklah satu kekuatan strategi perancangan yang hebat. Perlaksanaan mereka melibatkan antara peringkat-peringkat yang amat halus dan berkesan.
Telah sedia maklum bahawa setiap orang MUSLIM akan patuh dan hormat kepada para pemimpin AGAMA,BANGSA dan NEGARA yang dikenali juga sebagai KHALIFAH ISLAM.
Perancangan demi perancangan yang halus dengan idologi oleh bangsa tersebut akhirnya terbentuk satu generasi PEMUDA yang mencintai dunia dan takutkan kematian.Setiap sesuatu yang diberikan ada agenda tertentu bagi menjalankan tipu daya bagi memudahkan lagi SISTEM KHALIFAH ISLAM.
Rasullullah pernah bersabda bahawa jika kamu ingin melihat generasi yang akan datang mestilah dilihat pada generasi pada hari ini.Jika generasi sekarang adalah lemah,maka dapatlah disimpulkan bahawa generasi seterusnya lebih dan lebih lagi lemah.
Sogokan dengan harta,wanita dan pangkat akhirnya membawa padah pada generasi tersebut dan tumbanglah satu TAMADUN ISLAM yang telah sekian lama diperjuangkan oleh PARA PEJUANG ISLAM yang tidak mengenal erti penat dan lelah semata-mata demi menegakkan KALIMAH ALLAH di muka bumi ini.
Sekarang ini....
DIMANAKAH LAGI BENAR-BANAR TERTEGAKNYA PEMERINTAHAN ISLAM
MALAYSIA
Cuba perhatikan apa yang berlaku di malaysia kini ?? kita ambil contoh apa yang berlaku kepada istitusi kesultanan kelantan. Seringkali pihak media mengheboh-hebohkan keburukan kerajaan kelantan.
Fikirkan kembali apa yang berlaku kepada kerajaan Turki yang saya sebutkan diatas td. Mereka amat sukar untuk tanggani masalah kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz kerana beliau mengamalkan sistem ISLAM di mana pihak luar sukar untuk masuk ke negeri kelantan.Mereka jika boleh menggunakan kaedah runtuhkan sistem kesultanan Kelantan dengan menimbulkan porak poranda di dalam pentadbiran kelantan.
Apabila sistem kesultanan kelantan mula goyah,maka akan ada unsur-unsur halus memasuki pihak istana dan menyebarkan fahaman idologi yang telah dibawa seperti mana yang berlaku pada kerajaan Turki lalu.Apabila telah menguasai pihak istana,maka menteri besar akan mudah di tukar mengikut apa yang disampaikan oleh idologi pihak tersebut. Tidak segan dan silu jika saya sebutkan disini siapa pihak berkenaan.Ia adalah TALI BARUT ZIONIS iaitu ANGGOTA FREEMASON.. Jangan kata bangsa melayu tidak terlibat dalam pergerakan ini..memang ada segelintir diantara mereka yang bermanis mulut mengatakan aku disebelah pihak ini sedangkan sebenarnya mereka dipihak lain.
Perancangan mereka sudah mulai hampir pada penghujungnya.
Mereka hanya tunggu masa untuk bertindak.Jika kita masih lalai dan merasakan kita masih kuat,anggapan saya adalah percaturan sedemikian adalah meleset sama sekali.

Thursday, April 22, 2010

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Salam perkenalan dari saya, Hadis .

Selawat dan salam kepada junjungan besar Rasullullah s.a.w,Nabi Muhammad. Perjuanganmu itu amat bermakna bagiku kerana bermula darimu ISLAM itu tersebar ke seluruh dunia dan sehinggalah pada diriku.

Serta para sahabat nabi Muhammad yang yakin dengan perjuangan baginda sanggup berjuang menegakkan yang hak tidak kira halangan dan dugaan.

Perjuanganmu itu akan kami sambung dengan kebenaran. Sungguh-sungguh perjuanganmu kalian menjadi kenyataan.

Buat pengetahuan UMUM bagi pembaca blog ini,saya dengan rendah diri akan berkongsi dengan sebenar-benar akan kejadian dan usul-usul yang perlu kita perbuat sebagaimana para Rasul dan sahabatnya telah berbuat.. Iaitu berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasul.

PENGENALAN PERTAMA.

Apakah wasiat yang disampaikan kepada ummatnya pada khutbahnya yang terakhir ??
Saya agak kamu semua sudah sedia maklum jika saya ulanginya.. TAPI, saya akan sentiasa ulangi kerana MANUSIA ini mudah lupa..

Wasiat itu berbunyi demikian :

" Ku tinggalkan kepada kamu 2 perkara , taklah kamu akan tersesat selama-lamanya,selama mana kamu masih berpegang kepada keduanya,iaitu KITABULLAH dan SUNNAH Rasulnya"

Penjelasan :

Sebelum menyelesaikan ibadah haji ,Rasulullah s.a.w mengucapkan sebuah PIDATO AMANAT yang bernilai dihadapan kaum muslimin di bukit 'Arafah pada tanggal 8 zulhijjah 10 H, bersamaan dengan 7 Maret 632 Masehi. Setelah selesai mengerjakan ibadah haji,Nabi pun kembali ke Madinah.

Kira-kira tiga bulan sesudah mengerjakan haji wada' itu,Nabi menderita demam beberapa hari,sehingga tidak dapat mengimami solat jemaah,maka disuruhnya Abu Bakar menggantikan beliau menjadi imam.

Pada tanggal 12 Rabi'ul awwal tahun 11 hijriah bertepatan dengan 8 Juni 632 Masihi,Nabi Muhammad s.a.w kembali ke hadrat Allah s.w.t dalam usia 63 tahun. Dua puluh tiga tahun lamanya,sejak beliau diangkat menjadi Rasul Allah,berjuang tidak mengenal lelah dan derita untuk menegakkan agama Allah, agama ISLAM.

Nabi Muhammad s.a.w telah wafat ,telah meninggalkan UMMATnya ; tidak ada harta benda yang beerti yang akan diwariskan kepada anak isterinya,tetapi beliau meninggalkan 2 buah harta pusaka yang diwariskannya kepada UMMAtnya..iaitu SEPERTI DIATAS.

Diharapkan para pembaca dapat mengambil pelajaran akan apa yang saya sampaikan sepanjang penulisan saya ini. Ia akan sentiasa berkait dengan penulisan-penulisan seterusnya dan tidak akan putus sekiranya blog ini tidak dipotong oleh MUSUH ALLAH.